Teknik Buat Duit Dengan Neobux

Awas: Rakan-rakan anda mungkin akan mentertawakan anda sekiranya mereka terlihat anda mengklik iklan setiap hari dengan upah sekadar $0.001 seiklan tetapi mereka tidak tahu bahawa PTC yang dilakukan secara sistematik dan konsisten boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Tahukah anda bahawa dengan modal serendah RM0 – RM200, anda boleh memperolehi pendapatan sampingan yang berterusan setiap hari melalui PTC? Di sini, kami ingin kongsi teknik mudah untuk buat duit dengan PTC secara berterusan dengan hanya sedikit modal.
Selepas mempelajari dan menggunakan teknik ini, anda dijangka akan memperolehi pendapatan sampingan sebanyak: RM 30 – RM200 sehari.

Apa itu Neobux?


NeoBux merupakan satu program PTC atau Paid To Click atau “Dibayar Untuk Klik” yang paling popular dalam industri PTC setakat ini. Faktor utama populariti Neobux ialah kerana ia telah lama bertapak di dalam industri PTC dan telah dipercayai oleh jutaan pengguna. Neobux juga telah berjaya mengubah kehidupan ramai peniaga internet. Anda boleh menjalankan siasatan anda mengenai Neobux.

Buat Duit Dengan Neobux

Sebelum langkah 1.
Pastikan anda mempunyai akaun PayPal atau PayZa dan Modal sejumlah RM200. (Wajib bagi yang ingin mengambil jalan pintas tetapi pilihan bagi mereka yang ingin melakukan Neobux dengan cara perlahan)

Langkah 1. Hari pertama minggu pertama – Daftar.

Daftar akaun Neobux secara percuma dan sewa 100 “Referral” berharga $20 (USD) atau kira-kira RM66. Kekal aktif dengan mengklik iklan di Neobux setiap hari sambil menyaksikan pendapatan anda bertambah setiap hari. Anda hanya akan dapat menyewa referral tambahan selepas tujuh hari daripada tarikh anda menyewa referral ini. Perhatian: Neobux mewajibkan anda untuk mengklik sekurang-kurangnya empat iklan setiap hari untuk melayakkan anda menerima komisen daripada referral yang anda sewa.
Potensi Pendapatan anda setakat ini ialah;
Jumlah Referral: 100
Klik per Referral: 1.5 klik sehari (purata klik selepas klik “Autopay” ditolak)
Bayaran per Klik: $0.005
Jumlah Hari Sewaan: 30
Pendapatan: 100 X 1.5 X 0.005 X 30 = $22.5  (USD) sebulan
Sedikit bukan? Sabar. Kita akan belajar bagaimana hendak melipat gandakan jumlah ini.
Nota: 1.5 klik sehari merupakan andaian yang selamat. Pada kebiasaannya, purata klik adalah 2 atau lebih. Ia boleh menjadi kurang atau lebih bergantung kepada kemahiran mengurus referral yang akan dipelajari di Langkah 2.

Langkah 2. Pelajari Strategi Pengurusan Referral Anda.

Langkah 2 melibatkan strategi. Setiap kali anda menyewa referral, anda akan mendapat sebanyak 0.005 untuk setiap kali referral tersebut mengkilk iklan. Tempoh setiap sewaan adalah 30 hari.
Setiap kali anda membuat sewaan referral sila pastikan perkara-perkara berikut:
Aktifkan alat “Autopay”
Autopay akan melanjutkan tempoh sewaan anda secara automatik tanpa perlu anda membayar lebih kerana referral “membayar dirinya sendiri”. Dengan autopay, klik pertama seseorang referral akan digunakan untuk melanjutkan sewaan bagi referral tersebut untuk tempoh sehari.
Urus Referral anda sebaik mungkin dengan menggunakan alat “Recycle”.
Perhatian: Ini merupakan langkah yang sangat penting untuk menjamin kejayaan anda dalam bisness PTC Neobux. Strategi Neobux banyak berkisar kepada cara anda mengurus referral anda.
Ingat, setiap sewaan hanya sah untuk 30 hari. Dalam masa 30 hari tersebut, pastikan anda menyewa hanya referral yang terbaik. Mereka adalah bagaikan pekerja anda. Neobux membenarkan anda untuk menukar (istilah dalam Neobux untuk ini ialah “Recycle”) Referral yang kurang produktif dengan harga $0.07/referral. Referral yang tidak mengklik langsung selama 14 hari akan di “Recycle” secara automatic dan percuma. Referral baru yang menggantikan referral yang di “recycle” adalah referral yang dikenalpasti sebagai aktif (pernah mengklik) dalam masa lima hari sebelumnya.
Bagaimana menguruskan referral dengan baik?
Anda tidak kenal siapa referral yang anda sewa dan mereka tidak mengenali anda. Satu-satunya cara untuk menguruskan referral dengan baik ialah dengan “memecat’ (me-”recycle”) referral yang tidak berkerja untuk anda.
Bilakah seseorang referral sepatutnya dipecat? Pecat referral yang mempunyai purata klik kurang daripada 2 (semua data ini boleh didapati di dalam satatistik di akaun anda) dan telah tidak mengklik selama 6 hari (pastikan kedua-dua kriteria pemecatan ini dipenuhi) . Jika anda terlepas pandang dan ada referral anda yang telah tidak mengklik selama lebih daripada 7 hari, dan mempunyai purata klik kuran daripada 2, biarkan referral tersebut diganti secara percuma oleh Neobux. Hati-hati dengan referral yang “bercuti”. Ada kalanya referral yang sangat aktif tiba-tiba “ponteng” selama beberapa hari dan boleh menyebabkan purata kliknya jatuh sehingga kurang daripada 2. Jangan recycle referral ini kerana dia mungkin hanya bercuti buat beberapa hari. Untuk mengenal pasti referral yang sebegini, lihat keaktifan setiap referral secara satu-persatu. Referral yang tidak pernah gagal klik selama lebih 10 hari boleh dianggap sebagai referral yang akltif. Tandakan referral sebegini dengan warna bendera yang sesuai dengan kehendak anda dan tekan “kunci” untuk mengelak daripada referral aktif ini di-”recycle” oleh Neobux sekiranya dia bercuti panjang.
Kelihatan sukar? jangan susah. Selepas anda berkecimpung dengan Neobux, anda pasti akan mendapati perkara ini sangat mudah, malah lebih mudah dan lebih seronok daripada berFacebook.
Aktifkan fungsi “Autorenew”
Autorenew menjalankan fungsi yang hampir sama dengan “Autopay” cuma berbeza sedikit kerana autorenew memerlukan anda untuk membayar sendiri kos sewaan sesuatu referral yang tempoh sewaannya hampir tamat. Ingat, referral yang tidak mengklik tidak dapat membayar dirinya sendiri. Jika anda terlalai dan terbiar referral yang pemalas berada di dalam senarai anda tanpa direcycle, anda terpaksa membayar sendiri pelanjutan untuk referral itu demi untuk mengekalkan “slot” referral tersebut.

Langkah 3. Hari Pertama Minggu kedua – Tambah Referral Sewaan Neobux anda

Anda telah menyewa referral di langkah 2 dan mempelajari strategi pengurusan Referral di Langkah 2. Anda mungkin telah mempunyai wang sebanyak $5- $6 di dalam akaun neobux anda setakat ini. Jangan usik baki itu. Anda akan menggunakannya pada masa akan datang.
Pada hari kelapan anda berada di Neobux, anda sepatutnya sudah boleh menambah 100 orang lagi referral. Tambah referral anda dengan menggunakan baki dari PayPal atau Payza anda. Jangan guna baki Neobux anda buat masa ini. Seterusnya, uruslah referral anda seperti yang anda pelajari di Langkah 2.

Langkah 4. Hari Pertama Minggu Ketiga – Tambah Referral dan Kumpul Modal Untuk Upgrade ke Golden Membership

Ulang Langkah 3 di atas.
Setakat ini, anda sepatutnya mempunya baki sebanyak $15 – $20 di dalam akaun Neobux anda. Anda telah mencapai had maximum jumlah referral yang boleh disewa sebagai ahli biasa (Standard Member). Apa yang anda perlu lakukan ialah kekal aktif di Neobux setiap hari dan saksikan pendapatan anda bertambah dari semasa ke semasa.
Potensi pendapatan harian anda setakat ini ialah:
Jumlah Referral: 300
Klik per Referral: 1.5 klik sehari (purata klik selepas klik “Autopay” ditolak)
Bayaran per Klik: $0.005
Jumlah Hari Sewaan: 30
Pendapatan: 300 X 1.5 X 0.005 X 30 = $67 (USD) sebulan
Ini bermakna anda akan mendapat pendapatan (untung) sebanyak $67 selepas 30 hari daripada hari pertama minggu ketiga atau lebih kurang dalam minggu ke-7. Anda perlu menunggu seminggu lagi untuk memulakan Langkah 5.

Langkah 5. Hari Pertama Minggu Kesembilan – Upgrade Keahlian anda kepada “Golden Membership”.

Jika baki akaun Neobux anda sudah mencapai $90 pada minggu ke-9, “upgrade” keahlian anda kepada “Golden Membership” dengan menggunakan baki akaun Neobux. Kos untuk upgrade keahilan ke “Golden Membership” ialah $90 USD. Selepas upgrade, baki Neobux anda mungkin kurang daripada $10 tetapi jangan susah kerana anda akan mulai memperolehi pendapatan lebih dua kali ganda mulai sekarang.
Potensi pendapatan pada masa ini:
Jumlah Referral: 300
Klik per Referral: 1.5 klik sehari (purata klik selepas klik “Autopay” ditolak)
Bayaran per Klik: $0.01
Jumlah Hari Sewaan: 30
Pendapatan: 300 X 1.5 X 0.01 X 30 = $135 (USD) sebulan

Langkah 6. Hari Pertama Minggu Ke-10 – Kekal aktif dan Tambah Referral Sehingga Maksimum

Sebagai Ahli Golden, anda kini layak memyewa sehingga 2000 referral dengan kekerapan maksimum 100 referral seminggu. Teruskan menyewa referral sehingga anda mempunyai 2000 referral. Jika anda konsisten, anda sepatutnya boleh mencapai jumlah ini selewat-lewatnya minggu ke-32.

Langkah 7. Hari Pertama minggu ke 33 atau lebih awal – Mencapai Tahap Kesempurnaan Neobux

Pada tahap ini, anda sepatutnya sudah mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya $900 sebulan. Walau bagaimanapun, anda masih perlu mengklik setiap hari untuk mendapatkan pendapatan Noebux anda. Untuk membebaskan diri daripada syarat ini, anda boleh upgrade keahlian anda kepada “Ultimate Membership” dengan harga $890 USD. Sebagai seorang “Ultimate Member”, anda layak memiliki sehingga 4000 referral sewaan dan referral langsung yang tidak terhingga. Potensi pendapatan pada tahap ini ialah:
Jumlah Referral: 4000
Klik per Referral: 1.5 klik sehari (purata klik selepas klik “Autopay” ditolak)
Bayaran per Klik: $0.01
Jumlah Hari Sewaan: 30
Pendapatan: 100 X 2 X 0.005 X 30 = $1800 (USD) sebulan (Secara Automatik)
Perhatian: Anda boleh memiliki akaun tambahan untuk menambah pendapatan anda. Oleh itu, anda boleh memiliki sebanyak mana akaun “Ultimate Membership” yang anda mahu. Proses untuk membuat akaun “Ultimate Member” yang baru adalah sangat mudah sekiranya anda memang mempunyai Akaun “Ultimate Member” sedia ada.
Perhatian: Neobux boleh dilakukan dengan cara percuma, iaitu daftar secara percuma, mula klik iklan dan tunggu sehingga baki akaun Neobux mencukupi untuk pembelian Referral Sewaan dan tiru langkah-langkah yang ditujukkan di sini tetapi teknik percuma sangat perlahan dan mungkin memakan masa bertahun-tahun untuk mencapai tahap “Ultimate Membership”.
Perhatian: Setiap teknik buat duit di Internet melibatkan unsur Risiko. Sila jalankan penyelidikan anda sendiri secara menyeluruh sebelum melabur apa-apa di dalam internet.
Bagi yang sealiran dengan kami dan berminat dengan bisnes PTC Neobux, anda boleh mendaftar Neobux di SINI .Anda mungkin jarang mendengar sistem ini (Neobux) kerana model perniagaannya yang bukan berlandaskan “head hunting”, iaitu, anda boleh menambah pendapatan dengan sistem ini tanpa menaja sesiapa secara langsung.